Berazam untuk tidak bersedih lagi..Hidup perlu di teruskan walaupun badai menyapa..
Ombak tidak pernah melupakan pantai...
Salah seorang pujangga bermadah:
Alangkah banyak jalan keluar yang datang selepas rasa putus asa..
Dan betapa banyak kegembiraan datang selepas kesusahan...
Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa 'Arasy dia akan memetik manis nya buah yang dipetik di tengah-tengah pohon berduri...
Allah berfirman...
'Dan hendaklah kamu meminta ampun kpd Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk patuh semula kepada-Nya; supaya la memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia ) hingga ke suatu masa yang tentu dan ( di akhirat pula) ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu'
(surah Hud:3)
Sya faham sebagai manusia tak akan lari dari rasa sedih..gembira biar berpada begitu jua dengan sedih..La Tahzan...
Sya bukan lah manusia yang arif masih hijau lagi untuk bercerita,apatah lagi untuk nasihat..cuma mahu berkongsi sedikit..
Kehidupan sebagai pelajar adakala ceria adakala tidak..tapi begitu lah adat hidup di dunia..
Manusia akan menilai pada pandangan pertama..
Sya nak berkongsi dgn satu cerita..
"Hidup aku"
Aku seorang pelajar..setiap saat aku mengejar masa berlumba untuk menagih ilmu yang dikurnia Nya..aku tahu aku bukan macam orang lain..hidup aku berbeza..setiap manusia berbeza cara hidup..
Aku perempuan yang lemah fizikal tidak seperti lelaki tapi aku tahu dalaman aku kuat..aku boleh bertahan dengan kehidupan ini..badai yang sentiase menyapa pantai kehidupan aku..
Aku perempuan lemah tak berdaya nak melawan kuat nya lelaki..tatkala amarah menerpa aku di jadikan sasaran..aku menahan setiap dugaan Nya..aku menerima setiap ketentuan Nya..aku tidak mengharapkan belas kasihan orang..aku mampu untuk berdiri kerana aku ingin terus menjalani hidup ini dengan sabar..air mata menjadi teman aku tiap kali berbirat badan ku..pernah juga aku datang ke sekolah dengan keadaan muka berbengkak..bila disoal ak hanya tersenyum memberi alasan..aku tak mahu aku dipandang lemah sebab itu aku berdiam..bisu menahan dugaan..aku tidak pernah menyesal di berikan kehidupan sebegini..malah aku syukur Tuhan memberi aku segala dugaan untuk aku menjadi Tabah dan Sabar untuk menghadapi kehidupan akan datang..
Aku tak akan mengeluh..walaupun nyawa aku sendiri hampir melayang..walaupun aku di layan seperti perempuan yang tak berguna..aku biarkan badan ku dimamah terajang..kerana aku tak mampu untuk melawan..kadang kala aku terfikir sampai bila aku begini? dari kecil aku begini hingga remaja..syukur aku masih berfikir waras..aku tak lakukan apa yang remaja lain lakukan seperti bunuh dri,lari dari rumah malah aku tegar untuk menghadapi nya...ibu pernah pesan jangan mudah lari dari masalah..segala yang dipesan ibu dan ayah aku turut kan..aku akan lakukan apa sja asalkan ibu dan ayah bahagia..
Bagi aku tiada kegembiraan di setiap coret kehidupan aku..aku meniti tiap saat hidup aku dengan air mata..
Aku hanya ingin menagis..itu saja yang aku perlukan..menagis...
Cerita ini bukan rekaan tapi sekadar ingin berkongsi..
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada
Jika ada ia hanya kebetulan..
p/s:harap maaf sya hanya ingin berkongsi..La Tahzan.. :)
Wednesday, March 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment