Search This Blog

Powered by Blogger.

Friday, June 22, 2012

Diari Songsang~

Aku tak suka banyak cakap..aku cuma akan luahkan rasa pada diari aku..






Pertama kali aku jejak kaki di kolej ni,rse menyampah pulak nak hadap muka-muka munafik tu..pandai mengata orang,suruh orang jadi melayu tapi diri sendiri entah ke mana.. 

Aku tak peduli semua tu,aku jenis yang redah kasi pecah..semua aku langgar.. Jiwa aku jiwa bebas.. Tak ada sapa nak perempuan macam aku ni,keras macam jantan..kalah jantan-jantan kat lorong-lorong tu.. 


Aku cuma mahu orang tahu orang menerima aku seadanya,lantak la siapa yang pandang taik dekat aku..aku ni manusia macam kau..mahkluk Tuhan juga tapi aku tak sekejam kau yang suka menindas.. 


Hari ini aku terburu-buru masuk ke kelas,kuliah dh 10 minit bermula,Pn Faridah dah terpajak membazirkan air liur..aku masuk dengan senyum kambing duduk di depan sekali.. Pn Faridah pensyarah yang selalu menyumpah aku..kata nya aku ni serangga perosak..ada aku kisah?


Aku pekak kan telinga bila dia mulakan syarahan merapu..aku ni tak lah bodoh..pointer aku selalu 3.67 ke ats..bukan nak belagak..aku nak budak-budak yang duduk mengampu penyarah tu tahu yang aku ni ada Otak yang berguna..bila dah sudah 2jam kuliah aku angkat kaki,fikir aku nak duduk hadap orang macam tu?? maaf byk kerja lain aku nak settlekan..


Dia senyum kat aku..runtuh jiwa aku melihat dia..aku menghampiri nya..jantung aku berdebar..nama dia Ayu..secantik nama..aku mula bersoal jawab dengan nya..dia ingin benar berkawan dengan insan seperti aku..aku terus angkat kaki ke kafe kenalkan dia dengan member-member yang lain..last-last Ayu melekat dengan kteorg..dia sangat manis dan comel~


Aku selalu bersama dia tak kira lah ada kuliah atau tak..pergi teman dia ke mana yang dia minta..aku tertanya-tanya tiada insan ke yang bertahta dalam hati dia..sayu dia menjawab tak..ia bagaikan bonus untuk aku..aku gembira dengar jawapan dia tapi kenapa??...


Ayu selesa berkawan dengan aku..aku tak dapat mengawal perasaan itu..dia buat aku hilang akal..mungkin ke aku jatuh cinta??... perwatakan lembut dia menambat  hati kosong yang sudah lama ditinggalkan..aku rasa sesuatu aneh yang berlaku.. aku tak mahu kehilangan dia..Ayu...




Aku selalu menanti dia muncul di depan aku,tiap kali tu senyum aku melebar ke telinga,mungkin jugak dia perasan.. ayu kau memang cantik,mulus,sopan santun..semua tu buat jiwa aku hilang..kerana kau..ayu..




Aku gelisah..melihat kau rapat dengan orang lain..kau lain..kau istimewa..terlalu istimewa dalam hati kosong aku ini.. Tolong lah aku tak nak kau hilang jauh..Aku suka kan kau,ayu...




Berita songsang ini sampai ke gendang member-member aku..diowng tahu dan tak banyak bunyik..diowng mintak aku luahkan pada ayu tapi aku takut...




Aku tak nak dia hilang..jadi aku akan jadi pencinta setia yang bisu untuk diri nya..kerna aku tak nak dia hilang dari hidup aku...




Aku hanya manusia biase.... 










p/s:tidak ada kena mengena dengan sesiapa..


copyright reserved miss dweenieshara

No comments:

Post a Comment